Nam_Ron

Shahili Abdan atau lebih dikenali sebagai Namron (kadangkala dikreditkan sebagai Nam Ron; lahir 21 November 1969) merupakan seorang pengarah, penulis skrip dan pelakon Malaysia yang bergiat aktif untuk teater, filem dan televisyen.Beliau bersama-sama dengan isterinya June Lojong, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Chew Kin Wah, Zahiril Adzim, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[1]Menerusi filem One Two Jaga (2018) arahan beliau,[2][3] Namron meraih kemenangan besar di Festival Filem Malaysia ke-30 dan Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 apabila beliau telah memenangi trofi Pengarah Terbaik. Menurut beliau, pengiktirafan karya berkisar gejala rasuah dalam kalangan anggota polis melalui filem arahannya itu membuatkan beliau lebih berani menghasilkan karya yang ada "suara".[4][5]

Nam_Ron

Pekerjaan Pengarah, penulis skrip, pelakon, aktivis teater
Pasangan June Lojong
Anak 3
Tahun aktif 1989–kini
Nama lain Namron
Kelahiran Shahili bin Abdan
(1969-11-21) 21 November 1969 (umur 50)
Kangar, Perlis, Malaysia

Rujukan

WikiPedia: Nam_Ron http://www.dailyseni.com/v4/one-two-jaga/ http://www.imdb.com/name/nm1046595/ http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2018/09/13/... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140219/h... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140817/h... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt... https://id.loc.gov/authorities/names/n97867326 https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/06/353173/harum...