Nama botani ialah nama formal yang mematuhi aturan
Kod Antarabangsa Tatanama Botani (
ICBN). Walaupun nama botani juga digelarkan sebagai "
nama saintifik", istilah "nama saintifik" mempunyai maksud yang lebih meluas dan merangkumi
nama zoologi,
nama bakteriologi, dan
nama virus.Nama botani adalah tetap, tetapi kumpulan
taksonominya tidak. Dengan kata yang lain, sesuatu nama botani boleh merujuk kepada beberapa kumpulan yang mempunyai saiz, pembatasan, dan peletakan taksonomi yang berbeza-beza. Ini bergantung kepada sudut pandangan taksonomi atau
sistem taksonominya. Kebanyakan pengarang menganggap famili Pentaphylacaceae sebagai terdiri daripada satu
spesies sahaja, tetapi sebuah terbitan baru-baru ini memasukkan 342 spesies. Nama botani pada dirinya ditetapkan oleh
jenis, sedangkan sifat
takson yang diliputi ditentukan oleh ahli taksonomi. Bergantung kepada
aras, nama-nama botani boleh mempunyai satu bahagian (
genus dan aras yang lebih tinggi),
dua bahagian (spesies dan aras yang lebih tinggi, tetapi lebih rendah daripada aras genus), atau
tiga bahagian (aras-aras di bawah aras spesies): Satu nama dalam tiga bahagian, iaitu nama untuk
takson infraspesies (di bawah aras spesies) memerlukan "istilah penghubung" untuk menunjukkan arasnya. Dalam contoh Theobroam di atas, istilan penghubungnya ialah "subsp." (untuk subspesies). Dalam bidang
botani, terdapat banyak aras di bawah aras spesies (dalam bidang
zoologi, terdapat hanya satu aras, iaitu subspesies dan oleh itu, "istilah penghubung" tidak diperlukan). Nama untuk "subdivisi genus" juga memerlukan istilah penghubung (dalam contoh Acacia di atas, istilah penghubungnya ialah "subg.", subgenus). Istilah penghubung tidak merupakan sebahagian nama botani.Sesuatu nama takson boleh mengambil bentuk melebihi tiga bahagian: "Saxifraga aizoon var. aizoon subvar. brevifolia f. multicaulis subf. surculosa Engl. & Irmsch." tetapi ini merupakan pengelasan, bukan nama botaninya yang formal. Nama botaninya ialah Saxifraga aizoon subf. surculosa Engl. & Irmsch. (ICBN, Perkara 24, Ex 1)Nama-nama botani bercetak sering ditulis dengan huruf condong. Gaya yang diberikan oleh ICBN ialah untuk menggunakan huruf condong untuk semua nama botani. Bagaimanapun, secara amalan, banyak gaya dalaman yang berbeza-beza telah digunakan untuk mengatur huruf nama botani, dan banyak terbitan tidak menggunakan huruf condong untuk nama-nama aras yang lebih tinggi daripada genus.