Tujuan Nama_pena

Penyembunyian pengenalan diri

Sebuah nama pena samaran dapat digunakan untuk melindungi huraian penulis untuk buku-buku menyentuh bidang-bidang politik, perisikan atau jenayah. Contohnya:

  • nama "Ibn Warraq* yang telah digunakan oleh para penulis pemberontak Muslim
  • Brian O'Nolan menggunakan nama pena O'Brien Flann dan Myles na gCopaleen untuk menulis di bidang novel dan jurnalistik dari tahun 1940 ke tahun 1960 kerana seorang pegawai negeri pada ketika itu tidak dibolehkan untuk menerbitkan karya tulis di bawah nama mereka sendiri.

Nama kolektif

Rencana utama: Penulis bayangan

Beberapa siri cereka dapat diterbitkan di bawah satu nama pena meskipun mungkin ada lebih dari satu penulis yang telah menyumbang kepada siri tersebut. Adakalanya beberapa buah buku atau jilid susulan siri akan ditulis oleh penulis berlainan dengan menggunakan nama yang sama; penulis berikutnya ini merupakan "penulis bayangan" atau "penulis siluman". penggunaan sedemikian ditegah sasterawan kerana kecenderungannya dalam mengaburkan sejarah sastera.

Kadang-kadang beberapa penulis akan menulis buku yang saling terkait di bawah nama samaran yang sama; antara contoh paling tersohor ini ialah nama Nicolas Bourbaki yang digunakan sebagai nama samaran kolektif sekelompok ahli matematik Perancis abad ke-20 dalam penulisan menulis serangkaian buku menerangkan dan mengajar matematik moden pada awal tahun 1935. Buku-buku ini tidak sahaja melazimkan teori himpunan, malah turut menciptakan beberapa terminologi dan konsep-konsep baru dalam bidang tersebut.