Pernikahan Nana_Mirdad

Nana telah bernikah dengan seorang pelakon drama lipur lara, Andrew White yang usianya 9 bulan lebih muda darinya pada 13 Mei 2006. Dalam pernikahan ini sempat timbul perbezaan kerana Nana seorang Protestan dan Andrew seorang Katolik, namun perbezaan itu dapat diatasi dengan baik. Pernikahan tersebut juga sedikit dihantui gosip kurang menyenangkan, bahawa Nana telah hamil sebelum bernikah. Khabar tersebut akhirnya disahkan kebenarannya oleh ibu Nana, artis senior Lydia Kandou [1]. Nana akhirnya melahirkan anak lelaki pada 30 Disember 2006 yang diberi nama Jason Deandra White [2].