Nancy_Ajram
Nancy_Ajram

Nancy_Ajram

Nancy Ajram (نانسي عجرم) (dilahirkan pada 16 Mei 1983) adalah seorang penyanyi pop Arab dan penari Lubnan. Beliau amat dikenali dengan lagu-lagu seperti Akhasmak Ah (أخاصمك آه), Ya Salaam (يا سلام), Ah w Noss (آه ونص) dan Ya Tabtab w Dalla (يا طبطب يا دلع). Pada 23 Julai 2010, beliau dilantik menjadi Duta Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berikutan pencapaian cemerlang dalam pelbagai kegiatan amal dan kebajikan.[1]
Beliau telah berjaya menjual sebanyak 12,000,000 jualan album di dunia Arab dan menjadikannya antara penyanyi Lubnan yang terkaya. Harta peribadinya, kebanyakkannya diperolehi daripada jualan album yang tinggi dan model dalam iklan-iklan komersial, adalah sebanyak USD $ 16,000,000.00. Beliau telah berjaya menjual sebanyak 4,000,000 album di Lubnan dan tersenarai sebagai penyanyi wanita Lubnan ketiga yang paling berjaya menjual album dalam industri muzik Lubnan.Beliau mula dikenali selepas memenangi pertandingan hiburan Noujoum Al Moustaqbal (Bintang-Bintang Masa Hadapan), sebuah pertandingan muzik di televisyen Lubnan pada pertengahan tahun 1990-an. Kemudian beliau menghadapi kegagalan untuk dua buah album yang dihasilkan seperti Mihtagaalak (محتاجالك)(Aku Perlukan Mu) pada tahun 1998 diikuti dengan album Sheel Oyounak Anni (شيل عيونك عني ) (Alihkan Matamu Dariku) pada tahun 2000.Kemudiannya belia bangun semula dan kembali terkenal di dalam dunia hiburan Arab dengan album terbarunya Ya Salaam (ياسلام) (Wah Hebatnya!) pada tahun 2003 yang telah diterbitkan oleh penerbit Lubnan yang terkenal, iaitu Jiji Lamara. Pada tahun 2004, beliau telah berjaya lagi menghasilkan album yang berikutnya iaitu Ah w Noss (آه و نص) (Oh! Sudah Tentu). Pada awal kurun ke-21, kejayaan Nancy Ajram di dalam dunia muzik telah membawa beliau kepada dunia pengiklanan berprofil tinggi seperti Coca-Cola dan Damas Jewellery. Album-album beliau yang berikutnya mempunyai lebih kepada ciri-ciri artistik.Pada tahun 2007, Nancy Ajram telah mengeluarkan satu kenyataan di mana beliau belum lagi bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian pada karier beliau.