Pengangkutan Nanjing

Permandangan bandar NanjingKawasan bandar di Yangtze, di pertengahan Wuhan dan Shanghai


Nanjing merupakan pusat pengangkutan di timur China dan dihilir kawasan Sungai Yangtze. Lima sistem pengangkutan utama adalah landasan keretapi, laluan air, penerbangan membentuk jaringan trafik tiga dimensi dan pengangkutan awam menyeluruh.

Pelabuhan Nanjing adalah pelabuhan bagi perdagangan asing membawa kepada Lautan Pasifik dan negara barat. Kawasan pelabuhan adalah 98 km panjang dan mempunyai 64 buah jeti termasuk 16 buah jeti bagi kapal dengan muatan melebihi 10,000 tan.

Nanjing juga memiliki lebih 60 buah lebuhraya yang melintasi seluruh wilayah Jiangsu. Tiga landasan keratapi bertumpu di Nanjing, menjadikan bandar ini satu pusat perkhidmatan keratapi yang penting, menjalini landasan keretapi utara, timur dan pusat China. Lebih daripada 20 buah syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing. Sebuah lapangan terbang yang baru sedang dibina. Perkhidmatan bas dan teksi di Nanjing juga memuaskan.

Nanjing jugalah salah satu daripada enam pusat telekomunikasi di China.