Naqab
Naqab

Naqab

Naqab (Bahasa Arab: ٱلنَّقَب, translit. an-Naqab, Bahasa Ibrani: הַנֶּגֶב‎, translit. ha-Négev, diinggeriskan kepada Negev) ialah sebuah kawasan padang pasir dan separa gurun di bahagian selatan entiti Israel bahagian barat Timur Tengah. Gurun ini merupakan muka bumi tertua ditemukan bertarikh 1.8 juta tahun dahulu.[1][2]Gurun ini dimasukkan dalam kawasan Palestin Mandat pada 10 Julai 1922 diizinkan oleh wakil British St John. Philby "atas nama Trans-Jordan". [lower-alpha 1] Walaupun begitu, rantau ini kekal dalam pemilikan eksklusif orang Arab Palestin sehingga 1946 di mana Rancangan Morrison–Grady yang hendak memperuntukkan kawasan itu kepada negara Arab lalu Agensi Yahudi segera melaksanakan penempatan orang diaspora Yahudi di sana;[4][5] kesannya dalam tempoh setahun membawa kepada Rancangan Pembahagian Palestin diaturkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan kawasan Naqab kepada pihak Israel.Kawasan gurun ini turut menempatkan suatu masyarakat Badwi sebanyak 25% kependudukan setempat (sebanyak 160,000 orang) manakala selebihnya dari kaum Yahudi sebanyak 470,000 orang atau 75%.[6] Kota Beersheba merupakan petempatan terbesar di rantau ini serta selaku ibu kota pemerintahan utama.

Rujukan

WikiPedia: Naqab http://arabiclexicon.hawramani.com/%D9%86%D9%82%D8... http://arabiclexicon.hawramani.com/?p=4439#c7ea51 http://weather.msn.com/local.aspx?wealocations=wc:... http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3420595,... http://ims.gov.il/IMS/CLIMATE/LongTermInfo http://ims.gov.il/IMS/CLIMATE/TopClimetIsrael http://www.ims.gov.il/IMS/CLIMATE/ClimaticAtlas/Ra... http://www.ims.gov.il/IMS/CLIMATE/ClimaticAtlas/Te... http://www.ims.gov.il/IMS/CLIMATE/TopClimetIsrael https://books.google.com/books?id=71SnYdunv1MC&pg=...