Geografi Narnia

Lihat juga: Senarai Tempat Riwayat Narnia

Narnia

Peta Narnia

Nama "Narnia" tidak hanya merujuk kepada penghuni Narnia itu tetapi juga ia ialah tanah atau Negara Narnia di mana penciptanya ialah seekor singa bernama Aslan yang mengisi sendiri penghuninya. Narnia adalah sebuah daratan yang mempunyai bukit bukau yang melunjur ke pergunungan di selatan dan dipenuhi hutan melainkan kawasan paya yang terdapat di utara. Negara ini disempadani Lautan Timur di timurnya dan di baratnya dengan kawasan pergunungan yang luas. Di bahagiannya utaranya pula dibatasi dengan Sungai Shribble dan di selatannya wujud pembahagi benua.

Punca ekonomi negara ini adalah Sungai Besar Narnia yang mengalir dari timur laut di persisiran timur tenggara ke Lautan Timur. Pusat pentadbiran dan kerajaannya ialah di Cair Paravel, iaitu di muara Sungai Besar. Komuniti lain di sepanjang sungai itu termasuklah (dari timur ke barat) Beruna, Beaversdam, dan Chippingford.

Archenland

Archenland merupakan sebuah negara yang bergunung-ganang di selatan Narnia. Ia disempadani oleh pembahagi benua di utaranya dan di selatan oleh sungai Winding Arrow. Pusat pemerintahannya terletak di Anvard iaitu di tengah-tengah negara tersebut. Anvard merupakan nama ibu negara dan istana di Bandar itu sendiri. Archenland ditunjukkan sebagai sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang kurang. Tiada bandar atau perkampungan yang lain yang disebut dalam siri itu. Archenland mempunyai hubungan yang baik dengan Narnia seperti yang ditunjukkan dalam Kuda dan Budaknya.

Calormen

Calormen adalah sebuah empayar di selatan dunia Narnia. Negaranya hampir kontang dengan kedudukan geografinya yang mempunyai gunung berapi bernama Gunung Berapi Lagour dan Gurun Besar. Gurun Besar merupakan di bahagian utara negara itu dan kesukaran menyeberanginya menghalang kerajaan Calormen yang agresif daripada menakluk Archenland dan Narnia buat berkurun lamanya.

Pusat kebudayaan Calormen terletak di Sungai Calormen, yang mengalir dari barat ke timur sepanjang bahagian selatan Gurun Besar. Ibu negaranya ialah Tashbaan, yang terletak di sebuah pulau di delta sungai dan dikelilingi kebun dan taman yang menghijau dan penduduk yang kaya-raya. Bandar Azim Balda, yang terletak di persimpangan di tengah-tengah Negara merupakan pusat perhubungan dan pengangkutan.

Lautan Timur

Terdapat banyak pulau dan kepulauan di Lautan Timur. Antara yang nyata ialah Galma, Tujuh Kepulauan dan Kepulauan Lone, iaitu gelaran kemahkotaan Narnia serta Terebinthia, sebuah pulau yang bebas. Di hujung Lautan Timur, geografinya adalah menakjubkan (menyebabkan dunia Narnia ini adalah rata) dan langit bertemu darat di situ. Sebagai tambahan, ia dikatakan yang jalan untuk ke negara kepunyaan Aslan terletak di situ. Jauh di timur Lautan digambarkan mempunyai air yang "manis" yang mampu menghilangkan dahaga dan lapar, dan betul-betul dilitupi bunga lili. Laut semakin bergelora dan dalam jika belayar terus ke timur yang mungkin akan ditenggelami ombak gergasi. Di balik ombak tadi boleh kelihatan pergunungan di Negara kepunyaan Aslan itu.

Daratan Lain

Di utara Narnia terdapatnya Ettinsmoor dan Daratan Liar Utara yang kedua-duanya didiami gergasi. Penempatan yang nyata adalah Rumah Harfang, iaitu sebuah komuniti gergasi yang merupakan tinggalan bandar besar. Barat Narnia merupakan kawasan yang tidak berhabitat yang dikenali sebagai Barat Liar. Kawasan Telmar terletak di balik kawasan tadi tetapi lokasi sebenar tidak direkodkan. Dunia Bawah terletak jauh di bawah bumi Narnia dan Bism lebih jauh di bawah Dunia Bawah.