Penghuni Narnia

Lihat juga: Makhluk Narnia dan Watak Narnia

Manusia

2 Anak Adam dan 2 Anak Hawa telah memasuki Narnia beberapa kali dari dunia kita. Mereka lazimnya datang ke sana bersama. Merekalah 4 orang raja dan permaisuri Narnia. Peter Pevensie – Raja Tertinggi, Raja Peter yang Hebat; Susan Pevensie - Permaisuri Susan yang Santun; Edmund Pevensie - Raja Edmund yang Adil; dan Lucy Pevensie - Permaisuri Lucy yang Berani.

Enam lagi wira yang datang dari dunia kita adalah Raja Frank, Ratu Helen, Digory and Polly dalam Anak Saudara Penyihir, dan Eustace Scrubb dalam Pelayaran Pengembara Subuh. Eustace juga muncul dalam Kerusi Perak, bersama Jill Pole.

Orang Kerdil

Orang kerdil merupakan salah satu sepsis atau kaum yang menetap di Narnia. Mereka dipanggil Anak-anak Bumi oleh Aslan yang tidak sama dengan panggilan Anak-anak Adam dan Hawa bagi manusia. Orang kerdil sekurang-kurangnya wujud dalam dua jenis iaitu orang kerdil Hitam dan Merah, beza ketara bagi kedua-duanya adalah warna rambut. Kebanyakan orang kerdil Merah baik dan setia kepada Aslan sedangkan jenis Hitam pula lebih sombong dan mementingkan diri. Tidak banyak direkodkan tentang orang kerdil betina walaupun terdapat sebahagian mereka membiak melalui manusia. Malahan, Tutor Putera Caspian, Cornelius sendiri merupakan separa orang kerdil.

Tidak diketahui bagaimana orang kerdil dijadikan tetapi Aslan pernah menyeru majlis pertama apabila Negara itu "masih belum lagi berusia lima jam," dia menyeru ketua orang kerdil untuk hadir ke hadapannya (Anak Saudara Penyihir bab 10). Mereka muncul sebagai pembawa mohor diraja ketika kemahkotaan Frank. (Naiad — pari-pari sungai — memegang jubah kebesaran Ratu Helen; bab 14). Mereka terkenal dengan kerja pertukangan mereka sama ada pertukangan besi, kayu atau pelombong. Di medan perang, mereka dikenali sebagai pemanah maut. Menurut Putera Caspian, bab 8, orang kerdil boleh berjalan seharian dan semalaman.

Haiwan yang Bertutur

Banyak haiwan yang dijumpai di dunia kita turut boleh dijumpai di Narnia. Tambahan pula, terdapat beberapa jenis yang boleh berkata-kata seperti manusia. Apabila Aslan menghembus pada pasangan haiwan yang pertama, mereka bukan sahaja mampu berfikir dan berkata-kata tetapi ada yang berubah dari segi saiz juga. Haiwan kecil (tikus, burung dan mamalia kecil lain) lebih besar dari sepsis mereka yang tidak boleh berkata-kata. Haiwan yang Bertutur boleh dikelaskan kepada empat kelas iaitu Binatang yang Terbang, Binatang Bercakar, Mamalia dan Reptilia. Mereka juga mempunyai jangka hayat seperti manusia. Walau bagaimanapun, tiada ikan atau serangga yang boleh berkata-kata.

Ahli Sihir

Dua ahli sihir yang disebut dalam Riwayat Narnia iaitu "Penyihir Putih" (atau Jadis, maharani Charn, yang juga dikenali sebagai "Puan Putih" oleh perempuan tua dan serigala jadian yang melawat Caspian X dalam Putera Caspian) dan "Perempuan Kirtle Hijau". Jadis (Bahasa Perancis: dahulunya, yang telah lepas) merupakan waris terakhir keluarga diraja Charn; Dia juga dikatakan (dalam Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari) merupakan keturunan Adam dari isteri pertama, Lilith, yang mempunyai darah Jin dan Gergasi. Menurut pasangan memerang, dia tidak mempunyai darah manusia, walaupun dia kelihatan seperti perempuan yang tinggi. Apabila Jadis mula-mula memasuki Narnia ketika penciptaannya, dia telah dihalau oleh Aslan ke utara di mana dia menghabiskan masa selama 1000 tahun dalam buangan. Pada masa dia mengambil alih Narnia, dia mempunyai ramai pengikut yang kemungkinan diperolehinya ketika di sana.

Perempuan Hijau pula mampu berubah seperti cacing yang menyerupai ular dan pernah melakukannya dua kali iaitu ketika membunuh bonda Putera Rillian dan apabila ketika dia cuba membunuh Rillian dan rakannya. Kuasanya lebih untuk menggoda atau menarik perhatian dan memperhambakan; dia pernah menjampi dan memperhambakan Rilian dan gnome bawah tanag dan hampir berjaya menjampi Jill, Eustace, dan Puddleglum.

Tidak diketahu dari mana asalnya tetapi dikatakan yang ia "sekapal dengan ahli sihir utara" seperti Jadis. Ada yang percaya Perempuan Hijau itu merupakan jelmaan Jadis dalam rupa yang lan tetapi agak mustahil kerana Jadis telah dibunuh oleh Aslan ketika Perang Beruna. Perempuan Hijau itu juga dikatakan bukan keturunan Jadis kerana Jadis memberitahu Edmund bahawa dia tidak mempunyai anak (walaupun dia mungkin menipu). Ia tidak mustahil Jadis membentuk kroninya ketika dalam buangan di utara.

Terdapat juga Perempuan Sihir Tua yang muncul dalam Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari sebagai tentera Ratu Jadis dan yang dibawa Nikabrik ke Pengkalan Aslan dalam Putera Caspian, dan juga yang jahat sepertimana dunia kita. Yang jelasnya, mereka tidak mempunyai kuasa seperti Penyihir Hijau dan Putih.

Makhluk Mitos

Penghuni Narnia yang lain berdasarkan makhluk mitos adalah Boggles, Sentora, Naga, Dryads (pari-pari hutan), Gnome, Ifrit, Ettin, Faun, Hantu, Gryphon, Nenek Kebayan, Jembalang, Minotaur, Naiad (pari-pari sungai), Bota, Pegasus (kuda bersayap), Orang Cendawan, Burung Phoenix, Satyr (makhluk hutan), Orang Laut, Ular Laut, Silvan, Bunian, Orang Bintang, Unikorn, Serigala Jadian, dan Lembaga.

Makhluk dan Penghuni Lain

Narnia turut didiami makhluk seperti Makhluk Paya dan Dufflepud/Monopod (dua makhluk rekaan Lewis sendiri). Terdapat juga yang lain seperti Bapa Krismas, Dewa Sungai, Pomona, Silenus, Bapa Masa dan Tash.