Susan_Pevensie
Susan_Pevensie

Susan_Pevensie

Susan Pevensie merupakan salah satu watak utama dalam Riwayat Narnia karangan. Susan merupakan anak perempuan yang paling tua dan anak kedua dari adik beradik Pevensie. Beliau muncul dalam tiga dari tujuh buku dalam siri ini iaitu — sebagai kanak-kanak dalam Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari dan Putera Caspian, dan sebagai orang dewasa dalam Kuda dan Budaknya. Beliau turut dinyatakan dalam Pelayaran Pengembara Subuh dan Pertarungan Terakhir. Susan dikenali dengan kecantikannya dan kemahirannya dalam memanah serta diburu oleh Putera Rabadash dari Calormen. Selepas berada di Narnia untuk membantu Putera Caspian, dia diberitahu yang dia tidak akan kembali lagi ke Narnia. Selepas beberapa tahun, beliau mula meyakinkan dirinya yang Narnia hanyalah suatu permainan dan dia memikirkan adik-beradiknya yang lain tidak sepatutnya meneruskan cabaran kanak-kanak itu.Semasa pemerintahan beliau di ibu negara Narnia iaitu Cair Paravel, beliau adalah Permaisuri Susan yang Santun, Permaisuri Narnia dan juga Permaisuri Susan yang Memiliki Semboyan.Dalam filem The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe Susan ditampilkan oleh Anna Popplewell manakala watak Permaisuri Susan dilakonkan oleh Sophie Winkleman. Bagi versi TV BBC tahun 1988, Watak Susan dilakonkan oleh Sophie Cook. Awas! Terdapat cerita atau pengakhiran yang mungkin anda masih belum ingin mengetahuinya!