Peranan Susan_Pevensie

Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari

Dalam Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari, Susan telah diberikan busur dan panah oleh Bapa Krismas bersama dengan semboyan ajaib yang perlu ditiup ketika waktu susah untuk memanggil bantuan. Susan menunjukkan kehebatannya dalam memanah tetapi telah dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam peperangan melainkan jika perlu. Bersama-sama dengan adiknya, Lucy, beliau menyaksikan kematian Aslan dan kebangkitannya kembali di Meja Batu.

Selepas pertempuran tersebut, beliau ditabalkan menjadi Permaisuri Susan yang Santun yang berkongsi tampuk pemerintahan bersama abang dan adiknya. Semasa pemerintahan merekalah Narnia menempuhi Zaman Kegemilangan.

Sepanjang jalan cerita, Susan sering menibulkan perasaan hati-hati dan sama ada masuk akal atau tidak. Walaupun ketika berada di penghujung tahun pemerintahan, beliau masih menentang untuk memburu Rusa Putih, tetapi kerana risau melanggar tradisi, dia bersama adik-beradiknya yang lain meneruskan pemburuan itu.

Kuda dan Budaknya

Dalam Kuda dan Budaknya, Susan memainkan peranan yang kecil. Beliau digambarkan sebagai wanita yang santun dengan rambut hitam mengurai hingga ke kaki. Shasta menemuinya sebagai perempuan yang paling cantik yang pernah dilihatnya. Bagi Permaisuri Susan, beliau diminta untuk mengahwini Putera Rabadash dari Calormen. Penolakannya membuatkan Tisroc mempunyai alasan untuk mencetuskan perang ke atas Narnia.

Putera Caspian

Dalam Putera Caspian, semboyan ajaib Susan memainkan peranan yang penting. Ketika cerita dalam buku ini berlaku, semboyan itu merupakan barang peninggalan berusia seribu tahun yang diberikan kepada bakal Raja Caspian X oleh tutornya, ahli sihir separa kerdil, Doktor Cornelius. Apabila nyawa Putera tersebut diancam oleh Raja Miraz yang merampas takhta Narnia, Caspian meniup semboyan tersebut dan adik beradik Pevensie telah muncul di Narnia secara tiba-tiba dari stesen kereta api.

Kali ini, Susan sekali lagi menonjolkan kebolehannya dalam memanah. Dengan menggunakan busur dan panah yang diperolehi dari runtuhan Cair Paravel, Susan dengan mudah mengalahkan pemanah hebat, Trumpkin si kerdil dalam satu perlawanan persahabatan.

Dalam jalan cerita kali ini, beliau berpura-pura percaya yang Aslan tidak akan kembali walaupun kemudiannya, beliau mengakui yang mengetahui akan kebenarannya selama ini. Aslan menegaskan yang Susan telah "menurut ketakutannya" tetapi hembusannya kemudian memulihkan kembali semangatnya dan turut bersama dalam pengembaraan mereka. Walau bagaimanapun, pada penghujung Putera Caspian, Aslan mengatakan yang beliau dan Peter tidak akan kembali ke Narnia lagi kerana mereka sudah hampir dewasa.

Pelayaran Pengembara Subuh

Dalam Pelayaran Pengembara Subuh, Susan menemani ibu bapanya ke Amerika pada 1942 sementara Peter diajar oleh Profesor Digory Kirke. Pada ketika ini, Susan dikatakan "yang paling cantik dalam keluarga" yang menimbulkan ketidak senangan pada Lucy. Hanya campur tangan Aslan yang membuatkan Lucy menentang hasratnya untuk mengenakan ke atas dirinya jampi kecantikan "melampaui segala yang ada" dari Buku Sihir Coriakin.

Pertarungan Terakhir

Dalam Pertarungan Terakhir, Susan tidak muncul dan hal ini dengan jelas dapat diperhatikan. Peter mengatakan yang dia "bukan lagi sahabat Narnia" kerana (menurut kata-kata Jill) "dia tidak minat apa-apa pun kebelakangan ini melainkan nilon, gincu dan jemputan". Sama juga, Eustace mengatakan yang Susan sudah tidak mempunyai ingatan terhadap Narnia lagi, dengan mengatakan kepadanya, "Manisnya memori yang kamu ada! Bayangkan yang kamu masih fikirkan permainan kelakar yang kita pernah main masa kecil dulu." Maka, Susan tidak dapat memasuki Narnia yang sebenar pada penghujung siri. Terdapat kontroversi yang mengatakan sama ada Susan akan kekal begitu atau tidak.