Plot Naruto_the_Movie:_Ninja_Clash_in_the_Land_of_Snow

Filem animasi tersebut bermula dengan memperkenalkan watak heroin yang sebelum ini tidak diketahui bernama "Puteri Funn" atau "Puteri Gale" dalam versi bahasa Inggeris. Musuh utama Funn iaitu Mao menggunakan pasukan askar tanpa mati untuk mencabarnya. Niat jahat Mao kemudiannya berjaya dipatahkan setelah Puteri Funn dan pengikutnya Shishimaru, Brit dan Tsukuyaku menggunakan Chakra Tujuh Warna ke atasnya.

Setelah diamati, sebenarnya Naruto dan sedang menonton sebuah filem dipanggung wayang bersama ahli Pasukan 7 yang lain. Kemudian, para penonton mula melemparkan objek ke arah mereka kerana telah membuat kecoh kerana bertengkar dengan ppengurus panggung wayang tersebut. Sebenarnya, Kakashi telah menghantar mereka menonton filem tersebut sebagai persiapan untuk misi mereka seterusnya iaitu mempertahankan Yukie Fujikaze, (pelakon yang memegang watak Puteri Funn) yang akan mengadakan penggambaran seterusnya di Negara Salji. Sebenarnya, Yukie adalah bekas puetri di Negara Salji, di mana kuasa pemerintahannya telah dirampas oleh sekumpulan ninja perlarian semasa dia masih kecil. Ketua kepada kumpulan ninja perlarian tersebut adalah seorang ninja yang bernama Doto Kazahana. Dia mahukan rantai kristal milik Yuki untuk membuka rahsia kepada khazanah di Negara Salji, yang telah disembunyikan oleh ayah Yukie sebelum dibunuh suatu ketika dahulu. Setelah beberapa siri pertarungan di antara Pasukan 7 dan ninja-ninja perlarian tersebut, mereka semua telah berjaya dikalahkan dan ketua mereka Nadare, namun Doto berjaya merampas rantai kristal tersebut. Doto kemudiannya mendapati sebenarnya "khazanah" yang dimaksudkan adalah sebuah mesin pemanas yang digunakan untuk mencairkan salji bagi menukarkan negara tersebut agar mengalami musim bunga. Doto kemudiannya dikalahkan oleh Naruto menggunakan rasengan tujuh warna seperti mana Mao dikalahkan Oleh Yuki; melibatkan Chakra Tujuh Warna.

Setelah semua ninja perlarian tersebut tiada, Yukie telah mengambil keputusan untuk menruskan teraju sebagai puteri negara salji, yang mana sekarang dikenali sebagai Negara Musim Bunga apabila teknologi kepada mesin pemanas tersebut disempurnakan. Walaupun Yuki sekarang telah menjadi puteri, namun dia masih ingin meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan filem yang akan dibintangi seterusnya oleh Yukie berjudul Makeout Paradise: The Movie, adaptasi daripada novel Icha Icha oleh Jiraiya. Ini telah memeranjatkan Kakashi. Naruto kemudiannya menerima sepucuk surat (melalui Sasuke) di mana di dalamnya terkandung sekeping gambar yang ditandatangani oleh Yukie. Gambar tersebut menunjukkan keadaan Naruto yang terlantar di hospital dengan badannya berbalut (sebenarnya dalam keadaan tidak sedarkan diri), menerima sebuah kucupan dari Yukie di bahagian pipinya. Di penghunjung kredit filem animasi ini, krew yang terlibat dengan pembikinan filem Puteri Gale menjerit "Cut!" dan semuanya ketawa.