Trivia Naruto_the_Movie:_Ninja_Clash_in_the_Land_of_Snow

  • Ciri-ciri dan pemilihan karekter untuk siri "The Adventures of Princess Fuun" adalah berdasarkan kepada rekaan novel China "Journey to the West" atau "Pengembaraan ke Barat".
    • Princess Fuun - Sami Xuanzang
    • Tsukuyaku - Sun Wukong
    • Shishimaru - Zhu Bajie
    • Brit - Sha Wujing
  • Filem animasi ini menggunakan latarbelakang masa yang lebih moden dan berlainan berikutan dengan wujudnya panggung wayang. Bagaimanapun, pada satu babak filem tersebut menunjukkan ada segelintir karekter (sekurang-kurangnya Naruto) tidak tahu-menahu mengenai keretapi.
  • Walaupun di dalam filem animasi ini dilihat Naruto menggunakan Rasengan dan Sasuke menggunakan Chidori, namun di dalam manga mereka tidak pernah menjalankan tugas bersama setelah mempelajari ilmu tersebut.
  • Di dalam siri filem animasi ini menunjukkan Kakashi (sewaktu remaja) selaku seorang ninja dari unit ANBU menyelamatkan Puteri Yukie ketika masih kecil, namun tidak dapat dijelaskan apakah perihal misi tersebut.
  • Filem animasi ini mengambil tempat kronologi di antara babak Tsunade dan babak Negara Teh (filler arc), iaitu selepas Naruto movie special (kombinasi episod 95-96) dan selepas Tsunade menyembuhkan Sasuke dan kakashi (episod 98).