Nasi_daun_pisang
Nasi_daun_pisang

Nasi_daun_pisang

Nasi daun pisang merupakan satu hidangan istimewa yang berasal daripada negeri Tamil Nadu, Kerala, Karnataka, dan Andhra Pradesh di India. Ia merupakan hidangan bagi pemakan sayuran yang berasal dari India Selatan.[1]Hidangan ini mendapat namanya daripada daun pisang yang digunakan sebagai alas nasi, menggantikan pinggan makan. Ia merupakan amalan biasa di India selatan dan negara-negara Asia. Ramai yang mempercayai bahawa haba dari nasi panas menyebabkan daun pisang membebaskan bahan yang membantu penghadaman. Selain itu, daun pisang yang panas akan menghasilkan bau harum yang menambah selera makan.[2]Pada asasnya, hidangan daun pisang adalah hidangan sayuran dengan tiga atau empat jenis masakan sayuran ditawarkan. Biasanya salah satu sayuran tersebut dihidangkan dengan dipotong halus dan digaul mentah bersama susu masam yougat.