Kontroversi Nasi_lemak

Malaysia

Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan.

Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.[12]

Pada 2011, timbul cadangan agar nasi lemak dihadkan jualannya pada dua kali seminggu. Cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Langkah ini diambil sebagai satu usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat pada kalangan rakyat, terutama kanak-kanak.[6]

Pada 22 Mac 2016, nasi lemak telah dipilih oleh majalah terkenal iaitu majalah TIME yang menulis mengenai nasi lemak dan diiktiraf sebagai 10 hidangan sarapan antarabangsa paling sihat di dunia. Menurut majalah itu, walaupun nasi lemak sering dilabel sebagai makanan berlemak ia mengandungi pelbagai pemakanan yang paling diperlukan tubuh.[perlu rujukan]

“Memang ia mengandungi kandungan lemak lebih daripada apa yang kita perlukan (kurangkan pengambilan nasi) tetapi makanan itu adalah sarapan yang seimbang kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi termasuk manganese, protein dan karbohidrat."

“Kandungan cili dalam sambal (nasi lemak) boleh membantu meningkatkan metabolisme,” majalah TIME memetik sumber itu sebagai berkata.[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Nasi_lemak http://edition.cnn.com/2015/09/18/travel/my-nation... http://travel.cnn.com/malaysian-food-334106/ http://travel.kompas.com/read/2017/08/11/210400227... http://kyspeaks.com/2009/03/30/ky-eats-mince-pork-... http://says.com/my/lifestyle/ipoh-born-ping-coombe... http://www.visitsingapore.com/dining-drinks-singap... http://www.bharian.com.my/articles/15jenismakanand... http://books.google.com.my/books?id=2cQcAAAAMAAJ&q... http://www.thestar.com.my/Travel/Malaysia/2011/04/... http://www.thestar.com.my/lifestyle/food/news/2014...