Nasi_lemak
Nasi_lemak

Nasi_lemak

Nasi lemak merupakan makanan tradisi Melayu Malaysia.[7] Ianya juga boleh ditemui di Singapura, Indonesia dan Brunei.[8] Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Di Indonesia Nasi lemak dipercayai diperkenalkan oleh pekerja dan Mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di Malaysia.[9]Sir Richard Olof Winstedt telah menulis mengenai "nasi lemak" di Malaysia pada tahun 1909 dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life".[10]Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk khinzir[11]Nasi Lemak lazim disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di Jakarta hidangan yang mirip nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh hidangan yang mirip nasi lemak disebut nasi gurih.

Nasi_lemak

Suhu penghidangan Bilik atau suhu panas
Dicipta oleh Masakan Melayu
Masakan negara yang berkaitan Malaysia
Jenis sajian Hidangan utama, lazimnya untuk sarapan
Kawasan Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei
Bahan utama Beras dimasak dalam santan dengan daun Pandan dan dihidangkan dengan pes ikan bilis cili tradisional, timun, dan pelbagai hidangan sampingan
Tempat asal Malaysia[1][2][3][4][5]

Rujukan

WikiPedia: Nasi_lemak http://edition.cnn.com/2015/09/18/travel/my-nation... http://travel.cnn.com/malaysian-food-334106/ http://travel.kompas.com/read/2017/08/11/210400227... http://kyspeaks.com/2009/03/30/ky-eats-mince-pork-... http://says.com/my/lifestyle/ipoh-born-ping-coombe... http://www.visitsingapore.com/dining-drinks-singap... http://www.bharian.com.my/articles/15jenismakanand... http://books.google.com.my/books?id=2cQcAAAAMAAJ&q... http://www.thestar.com.my/Travel/Malaysia/2011/04/... http://www.thestar.com.my/lifestyle/food/news/2014...