Kerjaya Nasir_P.Ramlee

Nasir memulakan kerjayanya sebagai pemuzik di kelab malam sebelum menyertai EMI sebagai penggubah muzik. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai penyelaras muzik kombo Istana Budaya (IB) sejak April 2002.

Nasir pernah bergandingan bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarham Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Allahyarham Datuk Aziz Sattar untuk album Panca Sitara.

Beliau pernah menghasilkan lagu untuk Herman Tino, Rosemaria Abdul Hamid dan Aman Shah. Antara lagu popularnya ialah Rindu Bayangan dendangan kumpulan Carefree.

Sepanjang berkhidmat di IB, Nasir banyak terbabit dalam persembahan anjuran kerajaan dan di peringkat antarabangsa.

Antara pementasan yang pernah diarahkannya di IB ialah Suzana 60 dan Bonnie M Live In Kuala Lumpur pada 2006.