Nasruddin
Nasruddin

Nasruddin

Nasruddin atau gelaran penuhnya Mullah Khojah Nasruddin (Bahasa Turki: Nasreddin Hoca, Bahasa Parsi: خوجه نصرالدین‎, Bahasa Arab: نصرالدین جحا‎‎, translit. Naṣraddīn Juḥā, Urdu: ملا نصرالدین‎) ialah seorang sufi dan ahli satira dari kerajaan Seljuk, yang dipercayai hidup sekitar abad ke-13 di Akshehir, berdekatan Konya, ibu kota Kesultanan Rûm Seljuk, kini di Turki. Beliau dikenali ramai sebagai seorang ahli falsafah bijaksana yang terkenal dengan kisah-kisah dan anekdotnya yang lucu.[1] Beliau telah muncul dalam ribuan cerita, kadangkala jenaka dan pintar, kadangkala bijak, tetapi seringkali juga berunsur bahan jenaka. Setiap kisah Nasruddin biasanya mengandungi unsur humor berisi teladan.[2] Pesta Khojah Nasruddin dirayakan dari 5 hingga 10 Julai setiap tahun di bandar tempat tinggalnya.[3]