Biografi Nathan_Söderblom

Söderblom di lahirkan di sebuah kampung, Trönö, (kini, Söderhamn Municipality, daerah Gävleborg). Bapa beliau merupakan seorang paderi.

Beliau mendaftar di Universiti Uppsala pada tahun 1883. Pada mulanya beliau tidak yakin apa yang hendak dipelajari, namun akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah bapanya menjadi paderi.Sekembalinya beliau dari Amerika Syarikat, beliau diangkat menjadi paderi pada tahun 1893.

Pada tahun 1892 dan 1893, Söderblom menjadi Timbalan Presiden dan Presiden Kesatuan Pelajar Uppsala yang pertama.

Pada tahun 1912, beliau menjadi professor pengajian agama di Universiti Leipzig. Pada tahun 1914, beliau dipilih menjadi Ketua Biskop Uppsala, iaitu ketua Gereja Sweden. Semasa Perang Dunia Pertama. beliau memanggil kesemua pemimpin Kristian untuk bekerja demi keamanan dan keadilan.

Beliau juga merupakan paderi di gereja yang selalu dikunjungi oleh Alfred Nobel dan beliau dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1930.

Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1931 di Uppsala, Sweden.