Kehidupan Nayef_bin_Abdul-Aziz

Putera Mahkota Nayef telah dilahirkan di Taif pada tahun 1933. Baginda menerima pendidikan di "The Princes School" dan di tangan ulama senior (ketua agama). Tambahan lagi, beliau mempunyai pengalaman luas di dalam politik, diplomasi, dan keselamatan.

Pada tahun 1953, baginda berumur 20 tahun semasa menjadi Gabenor Riyadh. Dari tahun 1954 hingga 1970, beliau berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 1970, Raja Faisal melantik baginda sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pada bulan Mac 1975, pembunuhan Raja Faisal menyebabkan Menteri Dalam Negeri Putera Mahkota Fahd menaiki takhta. Nayef menggantikan Fahd sebagai Menteri Dalam Negeri.

Pada bulan Disember 1994, baginda telah mengarahkan beratus-ratus penangkapan yang berkaitan dengan keganasan dengan sokongan Putera Turki, ketua perkhidmatan perisikkan Arab Saudi.[1]

Pada bulan November 2001, baginda telah mengeluarkan kad pengenalan kepada semua wanita di Arab Saudi . Sebelum ini wanita didaftarkan di bawah suami atu bapa mereka.[1]

Pada bulan April 2001, beliau, bukan Menteri Luar Negeri Saud al Faisal, telah pergi ke Iran sebagai utusan Arab Saudi di dalam gerakan yang tidak disangka-sangka.

Selepas serangan September 11, beliau telah menerima kritikan A.S. kerana tidak cukup tindakan menentang pengganas.[2]

Pada bulan Julai 2003, Senator Charles Schumer melobi menerusi Putera Bandar untuk menyingkirkan Nayef sebagai Menteri Dalam Negeri.[3]

Di antara 2003 dan 2006, beliau mengetuai konfrontasi Arab Saudi menentang al Qaeda, yang menaja satu siri serangan dalam negeri ke atas perkarangan rumah-rumah ekspatriat, infrastruktur minyak, dan bangunan-bangunan industri.[4] His political stance was strengthened because of increased media exposure and the successful end to terrorist attacks.[4]

Pada bulan Mac 2011, semasa Bantahan Arab Saudi 2011, 200 orang telah menyeru diberikan lebih banyak maklumat mengenai saudara mara mereka yang dipenjara telah dihalang hak berjumpa dengan Nayef.[5]

Kematian

Nayef bin Abdulaziz dikatakan menghidap penyakit diabetes mellitus dan osteoporosis[6] dan juga barah.[7]

Pada Mac 2012, beliau ke Maghribi untuk "bercuti sendirian"[8], kemudian ke Cleveland untuk menjalani ujian perubatan yang terancang terlebih dahulu. Berita ini menimbulkan tanda tanya tentang kesihatannya dan pewarisan takhta Saudi.[9] Beliau kembali ke Arab Saudi setelah bersinggah di Algeria pada April 2012.[10] Putera Nayef sekali lagi meninggalkan Arab Saudi untuk menjalani ujian perubatan pada 26 Mei 2012.[11], kemudian dilaporkan pulang pada 13 Jun 2012.[12]

Pada 16 Jun 2012, televisyen Saudi mengumumkan bahawa Putera Nayef telah meninggal dunia.[13] Menurut Reuters, beliau menghembuskan nafas terakhir Geneva.[14] Kerabat diraja menyatakan bahawa majlis pengebumian beliau akan diadakan pada 17 Jun 2012.[15]

Rujukan

WikiPedia: Nayef_bin_Abdul-Aziz http://www.7days.ae/storydetails.php?id=75783%20%2... http://www.arabianbusiness.com/saudi-crown-prince-... http://www.economist.com/node/18291511 http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM... http://www.gulfinthemedia.com/index.php?m=gcc_pres... http://www.myfoxdfw.com/story/18630794/saudi-crown... http://www.nytimes.com/2003/08/01/us/senators-push... http://in.reuters.com/article/idINIndia-5133652010... http://www.reuters.com/article/2012/06/16/us-saudi...