Osteoporosis

Osteoporosis ialah sejenis penyakit tulang yang dicirikan oleh pengurangan ketumpatan mineral tulang, gangguan mikroarkitektur tulang, dan perubahan jumlah serta jenis protein bukan kolagen di dalam tulang. Tulang osteoporosis lebih mudah patah. Sebab utama osteoporosis berlaku ialah kekurangan kalsium.Osteoporosis ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai:Sedangkan rawatan semakin boleh didapati (umpamanya bisfosfonat), pencegahan masih dianggap sebagai cara yang paling penting untuk mengurangkan kejadian tulang patah. Disebabkan oleh komponen hormon, lebih banyak orang wanita, khususnya selepas putus haid, menghidapi osteoporosis berbanding dengan orang lelaki. Tambahan pula, osteoporosis boleh diakibatkan oleh berbagai-bagai keadaan hormon, serta merokok, dan ubat (khususnya glukokortikoid).