Negeri-Negeri Melayu
Negeri-Negeri Melayu

Negeri-Negeri Melayu

Negeri-negeri Melayu adalah sekumpulan sembilan buah negeri di Malaysia (semuanya terletak di Semenanjung Malaysia) yang mengamalkan dasar pewarisan atau lebih dikenali sebagai monarki iaitu Raja berkuasa mutlak. Pemerintah-pemerintah ini kebanyakannya menggunakan gelaran "Sultan" kecuali Perlis (Raja) dan Negeri Sembilan (Yang di-Pertuan Besar). Mereka semua adalah ketua dan ketua agama bagi negeri masing-masing dan mempraktikkan dasar raja berperlembagaan. Kesemua mereka melantik Yang di-Pertuan Agong di kalangan mereka iaitu sembilan orang Raja Melayu secara sistem penggiliran.Sistem beraja yang diamalkan di Malaysia dilihat sangat unik kerana Pemerintah dipilih secara bergilir daripada sembilan orang Raja daripada sembilan buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, dan Perak. Pemerintah daripada negeri-negeri tidak beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak tidak berpeluang untuk dicalonkan atau berpeluang menjadi Yang Di-Pertuan Agong.