Neon_(telefilem)

Neon ialah sebuah telefilem Malaysia 2003 arahan Mohd Feroz Abd Kadir terbitan Neon Entertainment (M) Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Faizal Yusup dan Eric Fuzi sebagai pelakon utama dan penampilan istimewa daripada 66 artis-artis popular tanah air.[1] Telefilem ini menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Jumlah Artis Paling Terbanyak di dalam Filem (66 Artis Popular).[1] Telefilem ini telah dikeluarkan dalam bentuk VCD pada 18 Disember 2003.[1]

Neon_(telefilem)

Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Syarikat pengedaran Real Desire Sdn. Bhd.
Pengarah Mohd Feroz Abdul Kader
Penerbit Mohamed Rafiq Abdul Kader Sahib
Abdul Kalam Pakkir Mohamad
Mohamed Iskandar Abdul Kader
Salem @ Jemiran Mohd Kutty
Mohamed Feroz Abdul Kader
Syarikat penerbitan
  • Neon Entertainment (M) Sdn. Bhd.
  • O.A. Mohamed Yaacob
  • Syarikat Pakkir Mohamad
Tempoh siaran 125 minit
Siaran asal 17 Disember 2003
Format Telefilem
Dibintangi oleh Faizal Yusup
Eric Fuzi
dan ramai lagi (lihat di bawah)
Genre Drama
Saluran asal Astro Ria