Trivia New_Boyz

  • Tomok merupakan satu-satunya anggota asal New Boyz yang kekal sejak awal penubuhannya lagi.
  • Zack yang mula bersama Tomok sejak 2002 telah menjadikan nama New Boyz kekal sehingga kini biarpun anggota yang lain kerap bertukar ganti.
  • Tomok dan Lan (gitar kedua) adalah bertangan kidal.
  • Gitaris utama dan pemain dram asal New Boyz, Jay dan Along adalah adik-beradik.
  • Zul 2 by 2 atau nama penanya, Aiman merupakan abang ipar kepada Tomok melalui perkahwinannya dengan kakak Tomok, Isma.
  • Kesemua anggota asal New Boyz telah dipilih oleh Zul melalui sesi uji bakat kecuali Tomok yang diminta oleh Zul untuk merakamkan video semasa sesi uji bakat berlangsung pada ketika itu.
  • Gaya rambut belah tengah yang ditampilkan oleh Tomok ketika mula bertapak dalam industri muzik tanah air menjadi ikutan ramai terutamanya peminat tegar New Boyz pada ketika itu.
  • Zimi kemudiannya menganggotai kumpulan Sofaz (kini Sofazr), empat tahun selepas meninggalkan New Boyz. Kumpulan Sofaz juga pada awalnya bernaung di bawah label Suria Records, sama seperti New Boyz.