New_York
New_York

New_York

New York merupakan salah sebuah negeri di kawasan timur-laut Amerika Syarikat yang mempunyai kepesatan penduduk ketiga tertinggi. New York bersempadan dengan New Jersey dan Pennsylvania di selatan serta Connecticut, Massachusetts dan Vermont di bahagian timur. Negeri ini mempunyai sempadan pengairan dengan Rhode Island yang terletak di bahagian timur Long Island dan sempadan antarabangsa dengan provinsi Kanada Ontario di bahagian utara dan barat, manakala Quebec di bahagian utara. New York sering dirujuk sebagai Negeri New York untuk membezakannya dengan New York City.