Kontroversi Nik_Abdul_Aziz_bin_Nik_Mat

Sanggup berkawan dengan Syaitan[15]

Menjelang PRU 1999, Nik Aziz mengemukakan kiasan “Tak salah berkawan dengan syaitan” untuk menjustifikasikan "perkahwinan" parti PAS dengan DAP.[16] Beliau juga menyifatkan "orang UMNO sama sahaja dengan orang utan". Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan ‘‘Tuhan pun mencarut’’, "Tuhan gedebe", "istikharah", "nak pilih UMNO atau PAS sama dengan istikharah nak zina ke nak kahwin" selain ungkapan UMNO tidak Islam seperti yang sering dikatakannya.[17], [18],[19]

Kalau DAP ikhlas nak bantu PAS, kita terima. Kita usahkan DAP, kalau syaitan nak bantu, bantu pun kita terima.

Bantahan terhadap kerajaan perpaduan

Pada 22 Jun 2009, Nik Aziz menarik balik desakan meletakkan jawatan terhadap Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan. Pada 19 Jun 2009,beliau mendesak Nasharuddin meletakkan jawatan Timbalan Presiden PAS dan ahli parlimen Bachok.Polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan.[20]

UMNO dan Ayah Pin

Pada 21 Jun 2009, Nik Aziz dalam satu majlis ceramah politik di Manek Urai, Kelantan menyamakan perjuangan UMNO dengan ajaran sesat "Ayah Pin" dan komunis.[21] Baginya itu adalah satu kiasan sahaja dan mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat secara terbuka [22].

Muktamar Khas PAS

Pada 23 Oktober 2009, Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.[23],[24]

Dakwa UMNO Parti Murtad[25]

Dalam majlis Muktamar PAS 2012, Nik Aziz mendakwa parti kerajaan, UMNO, sebagai murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu. Kenyataan Nik Aziz telah dikerat dalam akhbar Utusan bertarikh 19 November 2012.

Bila UMNO buang Islam daripada dasar hidup dia, maka UMNO agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila UMNO tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

UMNO tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang.

Tidak kira siapa pun, tidak kira tok guru sekalipun kalau murtad, murtadlah. Usahkan UMNO, tok guru berserban berjanggut kalau dia tolak Islam dia murtad walaupun tiada mufti beritahu, tiada hadis, tapi kalau ia tolak Islam dengan sengaja maka dia murtad.

Kalau serangga pun kita bunuh. Macam nyamuk, pacat, serangga tapi kita racun kita bunuh. Ini menyebabkan akidah, akidah salah bila UMNO tolak Islam, takkan kita nak mulia.

Tak salahlah. Dalam al-Quran sendiri sebut cerita Nabi Noh berdoa. Ya Allah aku berdoa siang malam kata Nabi Noh, dengan secara sulit dengan secara terang aku berdoa tapi orang benci pada aku, tolak aku.

Dia pergi turut orang lain yang harta banyak dan penyokong ramai. Akhirnya Nabi Noh berdoa, ya Allah musnahkan orang itu kalau kamu tidak musnahkan orang ini, dia beranak, anak lawan aku pula, dia cucu, cucu lawan aku pula, maka jangan tinggal seorang pun.

Dalam laman Facebook beliau, Nik Aziz mendakwa rencana akhbar Utusan berkenaan sebagai fitnah besar. Nik Aziz mengemukakan saman ke atas Utusan.

Penerima BR1M Umpama "Haiwan"[26]

Tidak cukup dengan dakwaan UMNO parti murtad. Semasa rakyat menerima bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M), Nik Aziz justeru mendakwa penerima bantuan berkenaan sebagai haiwan yang menerima makanan.

Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bagi jerami.

“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50.

“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia.