Mustafa_Ali

Datuk Haji Mustafa Ali atau Cikgu Pa adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Terengganu bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat[1]. Di peringkat kerajaan negeri Terengganu, beliau pernah menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tempoh 1999-2004.