Kerjaya Nikki_Palikat

Semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan, Nikki berjaya memasuki pertandingan Malaysia Idol Siri I dengan mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk 'Emotions' dendangan Mariah Carey. Nikki berjaya memasuki peringkat 12 teratas pertandingan tersebut dan dianggap sebagai peserta yang terbaik untuk memenangi pertandingan tersebut oleh Paul Moss.

Lagu-lagu yang disampaikan oleh Nikki ketika berada di dalam Malaysian Idol SIRI I:

  1. Audition - Emotions - (Mariah Carey)
  2. Workshop - One Moment in Time -(Whitney Houston)
  3. Wildcard - The Voice Within - (Christina Aguilera)
  4. Top 12 - Crazy in Love - (Beyoncé)
  5. Top 10 - I Want You Back - (The Jackson 5)
  6. Top 8 - Against All Odds - (Phil Collins)
  7. Top 7 - I'm with You - (Avril Lavigne)
  8. Top 6 - Emotion - (Destiny's Child)

Selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan Nikki dilamar oleh Artistes United Records dan melahirkan album sulung beliau iaitu Maharani. Album tersebut menunjukkan kemantapan vokal Nikki menggunakan teknik 'whistle register'.[2]

Nikki membuat penampilan teater pertamanya dengan Shout the Mod Musical dan diikuti oleh Euphrasia.[3][4]