Sejarah Nikon

Nikon Corporation diasaskan pada 1917 di Jepun iaitu selepas Perang Dunia I. Selepas 60 tahun beroperasi, Nikon mempunyai 19 kilang dan 23,000 pekerja dengan mengeluarkan kamera, optik, teropong, mikroskop dan lain-lain. Mulanya dikeluarkan untuk kegunaan tentera Jepun. Pada 1948, kamera jenama Nikon mula dikeluarkan dan dipopularkan oleh fotojurnalis Amerika bernama Douglas David Duncan semasa Perang Korea. Kamera Nikon mulaNya menggunakan lensa Leica. Nikon juga terkenal dalam pengeluaran peralatan fotolithografi.

Pada Januari 2006, Nikon mengumumkan pemberhentian pengeluaran filem kamera kerana teknologi kamera digital terkini tidak lagi menggunakan filem.

Jenama Nikon berjaya menguasai pasaran pengguna di India, Arab Saudi, Turki, Iran, Bahrain, Israel, Oman, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu.