Nilometer
Nilometer

Nilometer

Nilometer ialah sebuah struktur yang dahulu digunakan untuk mencerap kejernihan dan paras air Sungai Nil pada musim banjir yang berlaku setiap tahun.[1] Nilometer mempunyai tiga rupa bentuk, ditentukurkan dengan hasta Mesir: (1) tiang, (2) balai bertangga yang turun ke Sungai Nil, atau (3) sebuah perigi yang dalam dengan sebuah pembetung.[1] Jika paras air terlalu rendah, makanan akan kekurangan. Jika paras air terlalu tinggi, boleh berlakunya kemusnahan. Terdapat tikas, iaitu tanda paras air, untuk menandakan paras banjir yang sesuai supaya ladang-ladang boleh menjadi subur.[2][1]Dari Julai ke November, Sungai Nil yang membelah Mesir akan melimpah dan melitupi dataran banjir bersebelahan dengannya.Apabila air surut, pada bulan September atau Oktober, lanar hitam yang subur akan tertinggal di kawasan pertanian. Akhet, atau Musim Pembanjiran, ialah satu daripada tiga musim dalam kalendar Mesir purba.Banjir tahunan amat penting kepada tamadun Mesir. Banjir sederhana adalah penting dalam kitaran pertanian mereka; tetapi banjir yang sedikit akan menyebabkan kebuluran dan terlalu banyak akan memusnahkan bina-binaan dan harta benda di dataran banjir. Rekod dari 622–999 TM menunjukkan bahawa secara purata, 28% banjir dari julat tahun itu tidak mencapai tahap banjir yang memberangsangkan.[2]Kebolehan meramal isi padu banjir yang akan datang ialah salah satu kemahiran para pendeta Mesir purba. Kebolehan ini juga memainkan peranan dalam politik dan pentadbiran, memandangkan kualiti banjir tahun itu akan menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar. Dalam hal inilah nilometer penting. Para pendeta akan memerhatikan paras sungai dari hari ke hari dan umumkan kedatangan banjir musim panas.