Biografi Nino_Fernandez

Fernandez dlahirkan di Hamburg, Jerman, pada 13 Januari 1984[1] kepada Jeffrey Fernandez dan isteri Indonesianya Marita; beliau merupakan anak kedua daripada tiga kanak-kanak dilahirkan kepada pasangan itu. Keluarganya berpindah ke Indonesia apabila Nino masih muda; sekali di negara ini, keluarga sering berpindah-randah. Fernandez muda pertama kali belajar di sekolah rendah di Permata Bunda Dharma Karya UT, kemudian dipindahkan ke Mardi Yuana 1 di Bogor apabila keluarganya berpindah ke situ. Selepas rusuhan Mei 1998, keluarga itu kembali ke Jerman, di mana Nino menamatkan pendidikannya. Beliau kemudian menerima ijazah sarjana muda dalam perniagaan dari Universiti Hamburg, bekerja di sebuah restoran Cina untuk membantu membayar tuisyen beliau.[2]

Selepas tamat pengajian Nino, keluarganya pulang ke Indonesia. Nino Fernandez mengambil pekerjaan sebagai joki video dengan MTV Indonesia. Pada 2007 beliau membintangi filem pertamanya, Terowongan Casablanca.[2] Pada tahun itu, beliau melakonkan peranan sebagai Nesta dalam filem komedi romantik bertemakan LGBT Coklat Stroberi, arahan Ardy Octavian.[3] Watak gay itu menjadi peranan Fernandez berjaya, dan beliau menerima tawaran berlakon dan MC selepas itu.[2] Pada tahun itu juga beliau mempunyai peranan kecil dalam filem arahan Nayato Fio Nuala Kangen.[4]

Fernandez memegang watak Bayu dalam filem arahan Rudi Soedjarwo In the Name of Love, perbandingan kepada karya William Shakespeare Romeo dan Juliet dalam temanya.[5] Pada tahun itu juga, beliau muncul dalam Claudia/Jasmine.[2] Pada 2009 beliau berpacaran dengan Miss Indonesia 2009 Kerenina Sunny Halim, tetapi berpisah pada pertengahan 2010.[2][6]

Pada 2009, Fernandez membawakan peranan Randy dalam filem Get Married 2, kesinambungan kepada filem arahan Hanung Bramantyo Get Married.[7] Filem yang mengisahkan percubaan Randy dan isteri barunya Mae mempunyai anak,[8] peranan yang Fernandez melihatnya sebagais satu cabaran.[1] Pada tahun yang sama beliau membawakan watak juruterbang Belanda Asli dan komposer Ishak Pahing dalam filem Teddy Soeriaatmadja, Ruma Maida.[9] Beliau juga muncul dalam beberapa sitkom.[1]

Rujukan

WikiPedia: Nino_Fernandez http://www.imdb.com/name/nm2693655/ http://entertainment.kompas.com/read/2009/12/15/e2... http://nasional.kompas.com/read/2008/04/13/0144549... http://www.suaramerdeka.com/harian/0706/13/bud06.h... http://www.tabloidnova.com/Nova/Selebriti/Profil-S... http://www.thejakartapost.com/news/2009/06/09/miss... http://www.thejakartapost.com/news/2009/11/01/ruma... http://www.thejakartapost.com/news/2011/09/11/a-mo... http://www.webcitation.org/66jvX9Z6z http://www.webcitation.org/6751uIhqU