Bogor
Bogor

Bogor

Kota Bogor adalah sebuah kota di Provinsi Jawa Barat, Indonesia. Kota ini terletak 54 km sebelah selatan Jakarta dan wilayahnya berada di tengah-tengah wilayah Kabupaten Bogor. Keluasannya ialah 21,56 kmĀ², dan jumlah penduduknya 834.000 orang (2003). Bogor dikenali dengan julukan kota hujan, kerana memiliki tadahan hujan yang sangat tinggi. Kota Bogor mempunyai 6 kecamatan, yang dibahagi lagi atas sejumlah 31 kelurahan dan 37 desa.Hari jadi Kabupaten Bogor dan Kota Bogor diperingati setiap 3 Jun, kerana apabila 3 Jun 1482 merupakan hari penobatan Prabu Siliwangi sebagai raja dari Kerajaan Pajajaran.Bogor telah lama dijadikan pusat pendidikan dan penelitian pertanian nasional. Di sinilah pelbagai lembaga dan balai-balai penelitian pertanian nasional berdiri. Institut Pertanian Bogor yang telah ada sejak awal abad ke-20 telah mengharumkan nama Bogor hingga ke luar negara.

Berkaitan