Penggunaan Nisbat

Nama dalam tatabahasa Arab dibapakan atau "dibinkan", umumnya satu kata diikuti nama ayah, nama datuk, begitu seterusnya ke atas; bahkan pelanjutan ini boleh memanjang sehingga untuk membedakan satu orang dengan lainnya yang bernama sama, maka diberikan tambahan penjelasan spesifik, iaitu nisbat. Asalnya nisbat adalah istilah tatabahasa untuk membuat kata benda menjadi kata sifat dengan menambahkan akhiran -iy (-ii) atau -iyyah. Misalnya, kata ‘Arabii (عربي) ertinya "Arab, berhubungan dengan Arab, Orang Arab".

Ia difahamkan dalam konteks Nusantara kini bererti "perhubungan keluarga" atau suatu "nama yang menyatakan seketurunan"[1].