Kerjaya Nizen_Ayob

Saiful Nizen memulakan kerjaya awalnya sebagai model dan pelakon tambahan, beliau pernah meneyrtai Hero Remaja.[1] Drama pertama lakonannya ialah Ezora yang dibintangi oleh Fazura.[3] Beliau juga pernah muncul dalam 2 episod siri drama keagamaan Pintu Taubat di Astro Oasis.

Beliau merupakan salah seorang dari 16 peserta rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga, yang turut disertai oleh Reen Rahim yang bergelar juara.[4] Selepas Pilih Kasih tamat, beliau muncul sebagai Karl dalam siri drama aksi Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff.[5]

Saiful Nizen mempunyai peranan sebagai Dr. Rizal dalam drama Istikharah Cinta lakonan Zul Ariffin dan Faye Kusairi. Beliau menjayakan peranan sebagai Inspektor Nizam dalam siri drama kepolisan RTM, Gerak Khas sebanyak 5 musim dari 2014 hingga 2017.[6]

Penampilan televisyen terakhir beliau ialah drama romantik ntv7, Cinta Koko Coklat yang mana beliau memegang watak Ehsan.

Rujukan

WikiPedia: Nizen_Ayob http://www.budiey.com/drama-siri-baru-ezora-ganti-... http://www.gempak.com/artikel/6419/keluar-paku-dar... http://www.imdb.com/Name?Nizen+Ayob/ http://www.kosmo.com.my/hiburan/pelakon-nizen-ayob... http://www.sinarharian.com.my/2-pengarah-muda-arah... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt... http://www.utusan.com.my/hiburan/drama-bersiri-ger... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/menangi... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/...