Pendidikan Nordin_Salleh

Beliau mendapat pendidikan awal di Government English School, Tumpat. Kemudian menyambung pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian dalam Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya dan akhirnya melanjutkan pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan di Queen's University Belfast.