Normani
Normani

Normani

Normani Kordei Hamilton (/nɔːrˈmɑːni/ nor-MAH-nee; lahir 31 Mei 1996)[1] merupakan seorang penyanyi dan penari Amerika Syarikat. Beliau menghadiri ujibakat sebagai penyanyi solo untuk siri televisyen Amerika Syarikat, The X Factor pada tahun 2012, setelah itu beliau menjadi ahli kumpulan Fifth Harmony. Sementara di Fifth Harmony, Normani bertanding di Dancing with the Stars (2017) dan melancarkan lagu "Love Lies" (2018) duet bersama Khalid. "Love Lies" memulakan penampilan pertamanya di Amerika Syarikat di nombor 43. "Love Lies" memuncak dalam sepuluh teratas di AS dan menerima pensijilan 4× Platinum oleh RIAA.Setelah Fifth Harmony rehat, Normani berkolaborasi dengan beberapa artis, dan merilis EP dua lagu dengan Calvin Harris, Normani x Calvin Harris (2018). Pada November 2018, beliau melancarkan single "Waves" yang menampilkan 6lack. Duetnya bersama Sam Smith, "Dancing With A Stranger" (2019), mencapai sepuluh teratas di UK dan AS. Pada Agustus 2019, Normani melancarkan single solo pertamanya, "Motivation", yang memuncak di Top 40. Normani kemudian berkolaborasi dengan Ariana Grande dan Nicki Minaj di runut bunyi Charlie's Angels (2019), serta "Diamonds" bersama Megan Thee Stallion untuk runut bunyi filem Birds of Prey (2020).