North_Country

North Country merupakan calon Anugerah Akademi yang diarahkan oleh Niki Caro dan telah dilancarkan pada 21 Oktober 2005 di Amerika Syarikat. Filem ini dibintangi oleh Charlize Theron sebagai seorang pekerja wanita di sebuah syarikat perlombongan yang mengalami ganguan seksual dan beliau berhasrat membawa isu ini ke muka pengadilan setelah orang atasan tidak mempedulikan kepentingan golongan wanita. Untuk filem ini, Theron telah dicalonkan dalam Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Frances McDormand, yang melakonkan watak teman rapat Glory turut mendapat pencalonan untuk Pelakon Wanita Pembantu Terbaik juga menerusi Anugerah Akademi. Filem ini diadaptasikan menerusi kisah benar yang membabitkan kes Jenson lwn. Eveleth Taconite Co., yang dibawa oleh Lois Jenson ke muka pengadilan. Kebanyakan watak di dalam filem ini telah tidak menggunakan nama sebenar orang yang terbabit dalam kes ini. Sebagai contoh, Theron membawa watak Josey Aimes yang sebenarnya adalah Lois Jenson. Pengambaran filem ini telah diadakan di utara Minnesota (termasuk bandar Eveleth dan Virginia), Minneapolis, dan New Mexico. Buku ini diinspirasikan dari novel Class Action oleh Clara Bingham dan Laura Leedy Gansler.

North_Country

Bahasa Inggeris
Berdasarkan Class Action oleh
Clara Bingham and Laura Leedy Gansler
Muzik oleh Gustavo Santaolalla
Disunting oleh David Coulson
Pengarah Niki Caro
Penerbit Nick Wechsler
Penulis Michael Seitzman
Pecah panggung $25.2 juta
Mula ditayangkan 12 September 2005 (2005-09-12) (TIFF)
Oktober 21, 2005
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Chris Menges
Tempoh tayangan 126 minit[1]
Dibintangi oleh
Negara AS
Pengedar Warner Bros.
Perbelanjaan $35 juta