Charlize_Theron
Charlize_Theron

Charlize_Theron

Charlize Theron (lahir 7 Ogos 1975)[2] ialah seorang pelakon, penerbit dan model fesyen Afrika Selatan. Beliau telah membintangi beberapa filem Hollywood seperti The Devil's Advocate (1997), Mighty Joe Young (1998), The Cider House Rules (1999), The Italian Job (2003), Hancock (2008) A Million Ways to Die in the West (2014) dan Mad Max: Fury Road (2015).Theron menerima pujian meluas untuk lakonannya sebagai pembunuh bersiri, Aileen Wuornos di dalam filem Monster (2003), dimana untuk itu beliau memenangi Anugerah Akademi, Silver Bear, Anugerah Golden Globe dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Pelakon Wanita Terbaik, menjadikan beliau orang Afrika Selatan pertama untuk memenangi Anugerah Akademi dalam kategori lakonan utama. Beliau menerima pencalonan Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe untuk lakonannya di dalam filem North Country pada tahun 2005 dan pencalonan Anugerah Golden Globe untuk lakonannya di dalam filem Young Adult.Theron menjadi warganegara Amerika Syarikat pada tahun 2007 serta mengekalkan kerakyatan Afrika Selatan beliau. Pada lewat tahun 2000-an, beliau memasuki bidang penerbitan untuk kedua-dua televisyen dan filem. Pada tahun 2006, beliau menghasilkan dokumentari East of Havana. Beliau telah menghasilkan kredit untuk filem The Burning Plain (2008) dan Dark Places (2015), kedua-duanya dibintangi olehnya. Pada tahun 2012, beliau melakonkan watak Ratu Ravenna dalam Snow White and the Huntsman dan Meredith Vickers dalam Prometheus, kedua-duanya mencapai kejayaan box office.

Rujukan

WikiPedia: Charlize_Theron http://94.236.123.156:8082/biographies/charlize-th... http://www.couriermail.com.au/entertainment/charli... http://www.dailytelegraph.com.au/entertainment/mov... http://www.accesshollywood.com/charlize-theron http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=21625... http://www.askmen.com/celebs/women/actress/17_char... http://www.aveleyman.com/ActorCredit.aspx?ActorID=... http://www.cbsnews.com/2300-500150_162-1080110-12.... http://www.cbsnews.com/stories/2008/03/12/entertai... http://www.deadline.com/2013/02/berlin-toldja-char...