Karier Charlize_Theron

Karier awal

Walaupun melihat dirinya sebagai seorang penari,[15] Theron ketika berumur 16 tahun memenangi kontrak model selama setahun[9] dalam satu pertandingan tempatan di Salerno[15][16] dan bersama ibunya berpindah ke Milan, Itali.[17] Selepas Theron menghabiskan setahun menjadi model di seluruh Eropah, beliau dan ibunya berpindah ke Bandar Raya New York dan Miami, Florida.[17] Di New York, beliau menghadiri Sekolah Balet Joffrey dimana beliau berlatih sebagai penari balet sehingga kecederaan lutut menutup peluangnya dalam laluan kerjaya ini.[15]

Ketika berumur 19 tahun,[18] Theron terbang ke Los Angeles menggunakan tiket sehala yang dibeli oleh ibunya, kini bercadang untuk bekerja dalam industri filem.[15] Semasa bulan-bulan awalnya di sana, beliau pergi ke sebuah bank Hollywood Boulevard untuk mengeluarkan duit yang dihantar oleh ibunya untuk membantu membayar sewa.[19] Apabila juruwang enggan untuk mengeluarkannya, Theron terlibat dengan pergaduhan dengannya.[9] Selepas melihat insiden ini, seorang agen bakat John Crosby[19] yang berada dalam barisan di belakangnya menyerahkan beliau kad namanya dan seterusnya memperkenalkannya kepada ejen lakonan dan juga sebuah sekolah lakonan.[19][20] Theron kemudian memecatnya sebagai pengurus selepas beliau terus menghantar skrip filem-filem hampir serupa dengan Showgirls dan Species.[21] Selepas beberapa bulan di bandar itu, beliau membuat penampilan filem pertamanya sebagai watak tanpa dialog dalam filem seram, Children of the Corn III: Urban Harvest (1995).[9] Peranan dialog pertamanya merupakan watak sokongan dalam 2 Days in the Valley (1996).[9] Peranan-peranan lebih besar dalam filem Hollywood yang ditayangkan secara meluas menyusul dan kariernya berkembang pada lewat tahun 1990-an dengan kejayaan box-office seperti The Devil's Advocate (1997), Mighty Joe Young (1998) dan The Cider House Rules (1999).[9] Beliau berada pada muka hadapan Vanity Fair isu bulan Januari 1999 sebagai "White Hot Venus".[22] Beliau juga muncul pada muka hadapan majalah Playboy isu bulan Mei 1999. Walau bagaimanapun, gambar bogel di dalam majalah itu telah diambil beberapa tahun lebih awal sebelum beliau menjadi terkenal dan Theron gagal untuk menyaman majalah itu kerana menyiarkan gambar tanpa keizinanya.[23][24]

2000–2010

Beliau membintangi empar filem pada tahun 2000: Reindeer Games, The Yards, The Legend of Bagger Vance dan Men of Honor. Selepas muncul dalam filem-filem lain, Theron membintangi sebagai pembunuh bersirim Aileen Wuornos di dalam filem Monster (2003).[9] Pengkritik filem, Roger Ebert mengelar ia sebagai "salah satu lakonan terhebat dalam sejarah sinema".[25] Untuk lakonannya, beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-76 pada bulan Februari 2004,[26] serta Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Golden Globe.[27] Beliau merupakan orang Afrika Selatan pertama yang memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik.[28] Kemenangan Anugerah Akademi itu membawanya ke dalam senarai pelakon wanita dengan bayaran tertinggi di Hollywood pada tahun 2006 oleh The Hollywood Reporter, menerima bayaran AS$10 juta untuk filem-filem berikutnya, North Country dan Aeon Flux, beliau berada di tempat ketujuh di belakang Halle Berry, Cameron Diaz, Drew Barrymore, Renée Zellweger, Reese Witherspoon dan Nicole Kidman.[29]

Pada tahun 2005, Theron melakonkan watak Rita dalam musim ketiga siri Fox, Arrested Development.[30] Beliau juga menerima pencalonan Anugerah Golden Globe dan Anugerah Primetime Emmy untuk wataknya sebagai Britt Ekland dalam filem HBO tahun 2004, The Life and Death of Peter Sellers.[31] Pada 30 September, Theron menerima bintang di Hollywood Walk of Fame.[28] Pada tahun yang sama, beliau membintangi filem Aeon Flux. Beliau juga menerima Anugerah Spike Video Game 2005 untuk Persembahan Terbaik oleh Wanita untuk kerja suaranya di dalam permainan video, Aeon Flux.[32][33]

Theron menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe untuk lakonannya dalam North Country.[26][27] Pada tahun 2008, Theron dinamakan sebagai Wanita Tahunan Hasty Pudding Theatricals.[34] Pada tahun itu, beliau juga membintangi bersama Will Smith di dalam filem adiwira, Hancock dan pada lewat tahun 2008, beliau diminta untuk menjadi Pembawa Mesej Keamanan PBB oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.[35]

Pada 4 Disember 2009, Theron mempersembahkan undian untuk Piala Dunia FIFA 2010 di Cape Town, Afrika Selatan, disertai oleh beberapa selebriti lain berkerakyatan atau berketurunan Afrika Selatan. Semasa latihan, beliau mengundi bola Ireland daripada Perancis sebagai jenaka kepada FIFA, merujuk kepada kontroversi bola tangan Thierry Henry dalam perlawanan play-off diantara Perancis dan Ireland.[36][37] Aksi itu mencemaskan FIFA kerana takut beliau akan melakukannya sekali lagi dihadapan penonton global secara langsung.[38]

2011–sekarang

Selepas tiga tahun bercuti daripada layar besar, Theron kembali pada tahun 2011 dengan filem Young Adult. Diarahkan oleh Jason Reitman, filem ini mendapat pujian meluas terutamanya untuk lakonan Theron. Beliau dicalonkan untuk Anugerah Golden Globe dan beberapa anugerah berpofil tinggi yang lain. Theron melakonkan watak Ratu Ravenna di dalam filem Snow White & the Huntsman, yang memulakan produksi pada tahun 2011 dan ditayangkan pada tahun 2012.[39]

Pada tahun 2012, beliau membintangi filem sains fiksyen Ridley Scott, Prometheus. Pada tahun 2013, Vulture/NYMag menamakannya sebagai Bintang Paling Bernilai di Hollywood ke-68.[40] Pada tahun 2015, Theron melakonkan watak Libby Day dalam filem adaptasi novel Gillian Flynn, Dark Places, diarahkan oleh Gilles Paquet-Brenner. Theron juga mendapat kredit sebagai penerbit.[41] Pada tahun yang sama, Theron juga membintangi sebagai Imperator Furiosa dalam Mad Max: Fury Road (2015) yang juga dibintangi Tom Hardy.[42][43]

Theron menyambung wataknya sebagai Ratu Ravenna di dalam filem fantasi, The Huntsman: Winter's War, sebuah sekuel kepada Snow White and the Huntsman. Filem ini ditayangkan pada 22 April 2016.[44]

Beliau dijadual akan membintangi adaptasi novel grafik, The Coldest City diarahkan oleh David Leitch, yang akan memulakan produksi pada bulan November 2015.[45]

Rujukan

WikiPedia: Charlize_Theron http://94.236.123.156:8082/biographies/charlize-th... http://www.couriermail.com.au/entertainment/charli... http://www.dailytelegraph.com.au/entertainment/mov... http://www.accesshollywood.com/charlize-theron http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=21625... http://www.askmen.com/celebs/women/actress/17_char... http://www.aveleyman.com/ActorCredit.aspx?ActorID=... http://www.cbsnews.com/2300-500150_162-1080110-12.... http://www.cbsnews.com/stories/2008/03/12/entertai... http://www.deadline.com/2013/02/berlin-toldja-char...