Watak-watak Notre-Dame_de_Paris

  • Esmeralda : seorang penghibur jalanan dari masyarakat Romani berusia 16 tahun (namun sebenarnya diculik daripada dalam kalangan bukan Romani ketika masih kecil). Dia sangat berperwatakan baik hati. Dia turut mempunyai seekor kambing pekiharaan bernama Djali [ja-li].
  • Claude Frollo : seorang pembantu paderi katedral Notre-Dame. Dia mula mendambakan Esmeralda dengan perasaan membuak setelah melihatnya di sebuah pesta.
  • Quasimodo : Seorang pemuda yang bekerja sebagai pembunyi loceng Katedral Notre-Dame. Dia mempunyai badan fizikal membongkok srrta hampir buta dan pekak setelah beberapa lama dalam pekerjaannya. Dia diambil dalam jagaan Frollo setelah ditinggalkan ibu kandungnya.
  • Jehan Frollo : adik lelaki Claude Frollo yang belajar di sebuah universiti, dia sangat meminta-meminta dari abangnya Claude dan seorang kaki botol.
  • Phoebus de Châteaupers : kapten pengawal bandar Paris. Dia mula terpesona dengan Esmeralda yang turut jatuh cinta dengannya, meskipun Phoebus sendiri bertunang dengan soerang bangsawati.
  • Fleur-de-Lys de Gondelaurier : seorang bangsawati kaya yang bertunang dengan Phoebus, meskipun hubungan antara mereka berdua sangat renggang.
  • Pierre Gringoire - seorang penyajak miskin. Dia tidak sengaja memasuki kawasan setinggan yang didiami masyarakat Romani di Paris (Cour des miracles) di mana dia diancam sama ada dibunuh bagi mengelakkan rahsia adanya kawasan ini terbongkar mahupun berkahwin dengan seorang Romani; Esmeralda sukarelanya berkahwin dengan Pierre atas rasa kasihan kepadanya.