Pengebumian Nurin_Jazlin_Jazimin

JAZIMIN Abdul Jalil memangku jenazah anaknya, Nurin buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.(Utusan)

Jenazah Nurin Jazlin dituntut dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pagi ini sebelum disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan itu.Imam sembahyang jenazah, Abdul Aziz Elias Zahari juga dilihat menangis teresak-esak ketika membaca doa selepas mengimamkan solat berkenaan yang disertai 200 jemaah.Keluarga terdekat dan ribuan orang ramai tanpa mengira peringkat umur dan kaum turut menziarah. Turut datang ialah rakan-rakan sekolah dan guru-guru Nurin Jazlin yang berkumpul di madrasah itu bagi menatap buat kali terakhir jenazah mangsa yang tiba kira-kira pukul 11.30 pagi.Antara yang turut menziarahi jenazah Nurin Jazlin di madrasah itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Zulhasnan Najib Baharudin.

Akhirnya beliau disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang selepas solat Jumaat pada 20 September 2007 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak. Ibubapa beliau beserta tiga adik-beradik Nurin Jazlin tidak dapat menahan tangisan mereka ketika jenazah itu diturunkan ke liang lahad. Seramai 500 hadirin mengadiri pengebumian yang diakhiri oleh oleh Imam Madrasah Assa’Adah, Abdul Aziz Elias Zahari Abdullah.

Berkaitan