OKLETSGO

OKLETSGO (digayakan dengan huruf besar, daripada bahasa Inggeris, "OK, let's go") ialah sebuah saluran siniar berbahasa Melayu yang berpangkalan di Singapura. Saluran ini terkenal sebagai saluran siniar di tangga nombor satu dalam carta siniar tempatan Spotify di Singapura selama hampir dua tahun[1] sejak ditubuhkan pada Februari 2019[2]. Mereka memperkenalkan diri mereka dengan gaya perbualan tanpa batas dan menegakkan kebebasan untuk menerbit kandungan tersendiri[3]. Ia disampaikan oleh personaliti trio yang merupakan bekas penyampai radio Ria 89.7FM yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun atau lebih dalam industri media Melayu Singapura[3], iaitu Dzar Ismail, Dyn Norahim dan Raja Razie.Mereka telah mengundang pelbagai tetamu untuk membincang secara terbuka tentang pelbagai isu hangat, dari subjek pantang larang yang jarang diperbualkan hingga ke isu masyarakat. Rancangan mereka dilabel sebagai kandungan tak tersirat atau eksplisit.

OKLETSGO

Dihoskan oleh Dzar Ismail, Dyn Norahim dan Raja Razie
Bahasa Bahasa Melayu
Pencipta Dzar Ismail, Dyn Norahim dan Raja Razie
Format audio siar
Penyedia Spotify
Laman web okletsgo.sg
Debut 2 Februari 2019