Obesiti di Malaysia telah menjadi suatu trend yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat negara ini.
Obesiti boleh mengakibatkan
penyakit jantung,
strok,
tekanan darah tinggi,
diabetis, dan
kanser.Bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk
Chua Jui Meng berkata , kajian mendapati hampir 3 juta rakyat
Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000. Di Malaysia, kadar obesiti paling ketara di kalangan kaum
India, iaitu sebanyak 25.6 peratus, diikuti
Melayu sebanyak 22.4 peratus dan
Cina, 19.5 peratus.Sebuah pusat penjagaan kesihatan, iaitu
The Weight Management Information Center (WMIC) ditubuhkan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai berat badan yang sihat melalui aktiviti fizikal, pemakanan yang sihat dan pengendalian
berat badan untuk jangka masa panjang. Kini, obesiti di Malaysia telah meningkat dengan kadar yang tinggi iaitu 16.8 juta bersamaan dengan 60% daripada 28 juta, kejadiaan ini berpunca akibat daripada amalan
gaya hidup yang tidak sihat dan pemakanan yang tidak
seimbang, ditambah pula dengan tidak suka bersenam. Selain itu, kesibukan berkerja, banyak menghabiskan masa didepan komputer, pertumbuhan restoran makanan segera yang tinggi turut menjadi faktor berlakunya obesiti.