Sejarah Ochazuke

Kononnya ochazuke berasal daripada makanan yang boleh cepat dimakan oleh pegawai industri perdagangan pada zaman Edo yang selalu sibuk, tetapi lapar dan tiada waktu yang lama ketika waktu makan. Kebiasaan makan ochazuke timbul dengan sendirinya apabila pegawai yang bekerja hampir seharian penuh dan sewaktu berehat pun masih diperhatikan oleh pihak atasan. Pejabat-pejabat banyak yang mempunyai kebiasaan menyediakan sayur masin (tsukemono) di dalam mangkuk besar dari kayu yang boleh diambil sebanyak mungkin oleh pegawai sebagai lauk. Kebiasaan ini dikatakan berhubungan dengan lahirnya kebiasaan menuangkan air teh ke dalam nasi agar makanan cepat habis dan sayur masin tidak lagi berasa terlalu masin. Pada waktu itu, ochazuke dianggap sebagai makanan kelas bawahan. Majikan dan kalangan atasan tidak mahu makan ochazuke secara terang-terangan, walaupun dimakan juga sebagai alas perut kalau terpaksa.

Cara memakan nasi yang dituang kuah sebenarnya sudah wujud sejak zaman Heian. Di dalam sastera klasik Makura no sōshi dan Genji monogatari juga sudah muncul pernyataan yūzuke (nasi yang dituang air panas). Pada abad pertengahan juga terkenal dengan makanan bernama hōhan (芳飯, 法飯) yang berupa nasi putih atau nasi dengan lauk 7 jenis sayuran yang dipotong-potong kecil dan dituang dashi. Hōhan adalah salah satu jenis masakan penganut Buddha (shōjinryōri) yang dimakan sami di kuil agama Buddha. Hōhan salah satu makanan yang disajikan dalam masakan shōjinryōri dan honzenryōri. Orang yang memakannya boleh minta menambah semangkuk lagi jika belum kenyang. Di Wilayah Nagano, hōhan hingga sekarang masih disajikan sebagai salah satu jenis masakan Buddha di kuil agama Buddha seperti Zenkōji. Hingga kini di Okinawa, masih boleh ditemui makanan sejenis yang disebut sēfan (菜飯) atau nameshi.

Ochazuke segera dari kilanh yang dipanggil Ochazuke no moto mula dikenali di Jepun sejak tahun 1970-an. Bungkusan berisi sayuran yang dikeringkan dengan teknik freeze drying (pengeringan beku), teh matcha dan dashi dalam bentuk serbuk. Orang yang ingin memakan ochazuke hanya perlu menuangkan isi ke dalam semangkuk nasi dan menyiramnya dengan air panas.

Pada tahun 1990-an, ochazuke segera mula dihasilkan dengan pelbagai perasa, seperti ramen, masakan Cina hingga teh oolong. Ochazuke segera lengkap dengan arare untuk meniru ochazuke ala Kyoto yang disebut bubuzuke. Butiran beras yang dibuat arare atau potongan kecil mochi yang digoreng berbau harum hingga ditambahkan di atas nasi sewaktu membuat bubuzuke.