Plot October_Sky

Pada 1957 Coalwood, West Virginia, John Hickam (Chris Cooper)mempunyai impian agar kedua-dua anak lelakinya, Jim (Scott Thomas) dan Homer (Jake Gyllenhaal) akan mewarisi kerjanya di lombong arang batu pada suatu hari nanti.

Penduduk setempat berkumpul di luar rumah pada satu malam pada bulan Oktober untuk melihat satelit Soviet, Sputnik bergerak di ruang angkasa. Semenjak itu, Homer bercita-cita untuk mencipta roket yang mampu berlegar di ruang angkasa juga. Orang ramai beranggapan beliau tidak siuman terutama apabila beliau bergaul dengan Quentin (Chris Owen), rakan sekolah yang pelik dan mengetahui mengenai sains roket. Mereka berdua bersama Roy Lee (William Lee Scott) dan Odell (Chad Lindberg) memulakan penyelidikan dengan bersemangat. Dengan bantuan dan galakan oleh penduduk setempat dan guru sains mereka, Miss Riley (Laura Dern), yang mengharapkan Homer dan rakan-rakan dapat memasuki pertandingan sains, mereka berempat memulakan ujian, tetapi bermula dengan pelbagai halangan.