Ofensif atau
penyerangan adalah satu
operasi ketenteraan yang agresif dengan menggunakan pasukan bersenjata untuk menduduki sesuatu kawasan, memperoleh
objektif atau mencapai matlamat
strategik,
operasi, atau
taktikal yang lebih besar. Istilah lain bagi ofensif yang selalu digunakan oleh media ialah '
penyerbuan', atau lebih umum 'serangan'.Ofensif dianggap sebagai satu cara yang nyata untuk menghasilkan kemenangan, walaupun dengan pengiktirafan fasa defensif di beberapa peringkat perlaksanaan.
[1]Panduan ringkas untuk saiz atau skop ofensif adalah mempertimbangkan bilangan askar yang terlibat di pihak yang memulakan serangan.Penyerangan lazimnya dijalankan sebagai satu cara untuk mendapatkan inisiatif dalam konfrontasi antara lawan. Ia boleh dilancarkan di darat, di
laut[2] atau di
udara.
Ofensif laut, seperti
serangan Pearl Harbor Jepun, dapat memberi implikasi yang luas untuk strategi nasional, dan memerlukan komitmen
logistik yang signifikan untuk memusnahkan keupayaan tentera laut musuh. Ia juga boleh digunakan untuk
mencegah perkapalan musuh, seperti
Pertempuran Atlantik. Penyerangan laut juga boleh bersifat taktikal, seperti
Operasi Coronado IX[3] yang dijalankan oleh
Pasukan Mobile Sungai Tentera Laut Amerika Syarikat semasa
Perang Vietnam.
Ofensif udara adalah operasi yang boleh menggambarkan beberapa jenis operasi yang berbeza, biasanya terhad kepada jenis pesawat tertentu. Serangan yang dilakukan oleh
pesawat pejuang kebanyakannya dapat mewujudkan
penguasaan udara di ruang udara tertentu, atau di atas kawasan tertentu. Penyerangan
pesawat pengebom kadangkala juga dikenali sebagai serangan
pengeboman strategik dan telah digunakan secara meluas oleh
pihak Bersekutu pada
skala besar semasa
Perang Dunia II.
[4] Penggunaan
pesawat serangan darat untuk menyokong serangan darat boleh disebut sebagai ofensif udara, seperti yang dilakukan pada fasa pembukaan Operasi-operasi
Kutuzov dan
Rumyantsev Tentera Merah, apabila ratusan buah pesawat
Ilyushin Il-2 digunakan secara besar-besaran untuk menewaskan pasukan darat
Wehrmacht.