Ciri-ciri Ogdoad_(Mesir_purba)

Ḥeḥu dan Ḥeḥut tidak mempunyai huruf penerang; menurut Brugsch (1885), nama mereka dikaitkan dengan perkataan untuk 'tidak terperi' atau anta permana (infiniti), ḥeḥ, dan juga memaksudkan aion atau berzaman-zaman. Tetapi menurut konteks dalam beberapa petikan yang menyebut Ḥeḥu, Brugsch juga berkata yang ia mungkin sebuah personifikasi atmosfera antara langit dan bumi (bandingkan. Shu, dewa udara).

Nama Kekui dan Kekuit ditulis dengan sebuah penerang dengan menggabungkan lambang langit dengan tongkat atau cokmar yang digunakan untuk perkataan yang memaksudkan kegelapan dan kesamaran, dan kkw sebagai perkataan biasa bermaksud "kegelapan", menunjukkan bahawa dewa-dewi ini melambangkan kegelapan awal zaman.

Pasangan keempat tidak mempunyai ciri-ciri yang tetap kerana mempunyai banyak nama. Maksud baku qerḥ ialah "malam", tetapi penerang (D41 untuk "berhenti, tamat, menolak") juga bermaksud rehat.[8]

Tiada satu cara yang benar untuk cirikan tugas kempat-empat pasangan dewa-dewi ini, dan jelas sekali "orang Mesir purba sendiri tidak mempunyai satu faham yang jelas" berkenaan tugasan sebegitu.[9] Apapun, ada yang cuba untuk kaitkan mereka dengan "empat konsep tepat"[10]kepada empat pasangan.Contohnya, dalam konteks Kerajaan Baharu, Karenga (2004) menggunakan "kebendaliran" (untuk "banjir, air"), "kegelapan", "ketakterbatasan" dan "kehalimunanan" (untuk "rehat, lahu").[11]

Rujukan

WikiPedia: Ogdoad_(Mesir_purba) http://poj.peeters-leuven.be/content.php?url=journ... http://henadology.wordpress.com/theology/netjeru/h... https://books.google.com/books?id=e3DYAAAAMAAJ https://archive.org/stream/godsofegyptianso00budg https://archive.org/stream/godsofegyptianso00budg#... https://books.google.co.uk/books?id=2fMiG2dGPpYC&p... https://books.google.co.uk/books?id=2fMiG2dGPpYC&p... https://books.google.co.uk/books?id=ams2OPbmHMUC&p... https://books.google.co.uk/books?id=ams2OPbmHMUC&p...