Ogdoad_(Mesir_purba)
Ogdoad_(Mesir_purba)

Ogdoad_(Mesir_purba)

Dalam kepercayaan Mesir purba, Ogdoad (Bahasa Yunani Kuno: ὀγδοάς "lapan Agung"; Mesir purba: ḫmnyw, nisba majmuk ḫmnw "lapan") atau Parasta (daripada pinjaman Sanskrit: para "tinggi, agung", dan asta "lapan") merupakan lapan dewa kuno asal yang disembah dahulu kala di Hermopolis.Sumber yang menyebut Ogdoad berasal daripada zaman Kerajaan Lama Mesir, dan kelihatan begitu kuno dan lapuk sehingga telah dilupakan semua orang kecuali pakar bidang keagamaan, walaupun digubah masa Prasasti Ahram hingga ke penghujung Kerajaan Lama. Ogdoad sering dinyatakan dalam Teks Keranda dari Kerajaan Pertengahan Mesir. Gambaran tertua Ogdoad yang ditemui tidak berasal dari zaman sebelum Firaun Seti I (Kerajaan Baharu, kurun ke-13 SM), dan ia dijumpai semula semasa ahli bidang keagamaan Hermopolis mencari hikayat penciptaan Mesir yang lebih teliti.[2]Teks-teks dari Zaman Akhir menceritakan bahawa dewa mempunyai kepala katak manakala dewi mempunyai kepala ular, dan sering digambarkan dalam ukiran timbul dalam Kerajaan Ptolemy.[3]E. A. Wallis Budge (1904) membandingkan kepercayaan ini dengan empat pasang dewa kuno yang disebut dalam mitos penciptaan Babylon Enûma Eliš, iaitu Abzu dan Tiamat, Lakhmu dan Lakhamu, Ansyar dan Kisyar, Anu danNudimmud.[4]Budge juga suarakan pendapatnya bahawa Ogdoad ialah "para dewa" yang asal, atau pꜣwt nṯrw, dilambangkan dengan sembilan "paksi" atau "tiang bendera" (tulisan lambang untuk "tuhan", ), terhasil dengan menambah seorang dewa agung Heliopolis kepada para Ogdoad yang asal, iaitu Tem, oleh penggubah sistem ketuhanan yang menyerupai Prasasti Ahram.[5]

Rujukan

WikiPedia: Ogdoad_(Mesir_purba) http://poj.peeters-leuven.be/content.php?url=journ... http://henadology.wordpress.com/theology/netjeru/h... https://books.google.com/books?id=e3DYAAAAMAAJ https://archive.org/stream/godsofegyptianso00budg https://archive.org/stream/godsofegyptianso00budg#... https://books.google.co.uk/books?id=2fMiG2dGPpYC&p... https://books.google.co.uk/books?id=2fMiG2dGPpYC&p... https://books.google.co.uk/books?id=ams2OPbmHMUC&p... https://books.google.co.uk/books?id=ams2OPbmHMUC&p...