Matlamat Oh_My_English!_(siri_TV)

Drama ini merupakan salah satu usaha pihak Astro dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memperbaiki pertuturan di dalam bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkara ini juga selaras dengan dasar KPM iaitu ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris’ (MBMMBI). Pada tahun 2009, Astro telah bekerjasama dengan KPM untuk menyiarkan rancangan pembelajaran yang bertaraf antarabangsa kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), iaitu Kampus Astro. Projek ini juga telah melengkapkan 10,000 buah sekolah di Malaysia dengan kelengkapan set televisyen berskrin rata, dekoder Astro dan 17 buah saluran pendidikan dan maklumat termasuk saluran History, Discovery, National Geographic, Astro Tutor TV, Astro TVIQ dan lain-lain.