Sinopsis Oh_My_English!_(siri_TV)

Musim 1

Sebuah sekolah rekaan yang bernama SMK Ayer Dalam mempunyai kelas ‘3 Merah’ yang terkenal sebagai kelas yang mempunyai pelbagai ragam. Tiada guru yang ingin mengajar di kelas ini kerana pelajar-pelajarnya terkenal dengan sikap yang sangat nakal, suka membuat bising dan keputusan akademik mereka yang terburuk di dalam sekolah tersebut. Subjek mereka yang paling tidak digemari ialah bahasa Inggeris.

Akhirnya, muncul seorang guru bahasa Inggeris yang bernama Henry Middleton (lakonan Zain Saidin). Cara pengajaran Henry yang unik dan memberangsangkan telah dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris.

Musim 2

Mr. Middleton telah mengubah fikirannya untuk tidak kembali ke UK. Dia menyambung tugasnya di Kelas 3 Merah, dan belajar lebih mendalam tentang negara 'rumah baharu' nya.[3]

Musim 3

Oh My English kembali menemui anda dengan musim yang ke-3! Musim ini para pelajar mengembara di luar kawasan sekolah, bergerak ke masa hadapan, dan masa lalu serta lawatan di luar Ayer Dalam.[4]

Musim 4 - Class of 2015

Kelas 5 Merah akan menghadapi peperiksaan SPM. Hubungan antara Mr. Middleton dan Cikgu Ayu semakin terancam disebabkan kehadiran guru baharu. Taylor Marie Smith dari Amerika telah menyertai program pertukaran pelajar ke SMK Ayer Dalam.[5]

Musim 5 - After School

SYS telah diculik oleh seorang lelaki misteri yang mahu SYS menjadi anak didiknya. SYS memerlukan pertolongan dari Zack dan Jibam. Mereka juga disertai oleh sebuah jam maya A.I iaitu Mia yang sering membetulkan bahasa Inggeris mereka.[6]

Musim 6 - Level Up!

Kelas 3 Merah bakal menerima beberapa orang guru baharu. Antaranya, Mr. James Blond (Mark Odea) seorang yang kelam kabut dan bersahaja. Pada masa yang sama, beliau cuba untuk menawan hati para pelajar namun niat beliau sering disalah anggap dan mengundang padah pada diri sendiri. Zack (Juzzthin) dan Jojie (Nadiya Nisaa) kembali ke SMK Ayer Dalam tetapi kini mereka menjadi guru. Cikgu Jojie mengajar subjek Pendidikan Jasmani (PE) dan Cikgu Zack mengajar Pendidikan Muzik.[7]